Sunday, October 28, 2012

*205* Sebenarnya apa ??

Genap 2 bulan aku tak update tempat aku membebel dan merepek ni.
Banyak benda yang jadi dalam masa 2 bulan ni.
Dan. Aku rasa benda tu patut aku merepek kat sini ,
sebab ber-memori semua benda tu.
Tapi , malangnya malam ni aku takde mood.
Sebab aku gusar dan risau akan sesuatu.

Apa aku dah buat ? Kenapa tetiba bagi aku ayat macam tu ? Kenapa kena berkias kalau betul aku yang salah ? Tapi bila aku tanya , cakap bukan aku. Tapi kenapa bila aku tanya benda yang sebenarnya , taknak jawab ? Tukar topik ? K E N A P A ? Aku 19 tahun dah. Bukan 9 tahun. Kalau aku yang salah ,  tak salah nak tegur aku. Takde istilah terasa dalam diri aku kalau aku yang salah. Anda kenal saya. Jadi anda tahu , kalau saya bersalah anda boleh berterus terang. Walaupun sekarang saya bukan di tempat yang salah , tapi tolong lah jangan tukar topik perbualan masa saya tanya perkara yang sebenarnya. Terasa macam orang bodoh tahu ?? Secara jujurnya , saya rasa macam ' alien ' sebab aku tak tahu apa apa. Sedangkan aku rasa aku layak untuk tahu  benda yang betul. Dan. Dalam hati kecil aku ni , aku ...... sangat ..... sedih .....


Terima kasih untuk kata - kata tu. Memang aku pegang sampai akhir hayat.

Wednesday, August 22, 2012

*204*

Since now raya , rumah dah mengalahkan macam ada kenduri nak kahwin. Busy sungguh. Orang keluar masuk. And. Untuk spesis yang macam aku ni , memang sah lah time time macam ni , memang bukan favourite time aku.   Serious. Aku tak suka. Kejam nya aku. Tapi itu hakikat. TAPI. Bagi clear sikit. Aku bukan tak suka as in benci orang datang rumah. Tapi sebab aku tak reti layan orang , tak peramah macam parent aku , taktau nak cakap apa. So , langkah ideal dari mengelakkan diri terasa macam di bandar alien adalah menempatkan diri dalam bilik. Lepas tu buat bodoh sambil tahan lapar. Memang menyesakkan dan menyeksakan okay tahan lapar ni. Huh.

Entri ini terjadi gara gara hari ni rumah aku telah diserang secara bertubi tubi. Dan. Semua yang datang except the last family , aku tak kenal. Kawan seperjuangan ayah aku. So , memang tak lah aku nak keluar. Buat bodoh dalam bilik je. Bakal mak mertua baca , confirm reject ! Pompang ! Pompang ! Pompang ! After diaorang balik , ayah tanya kenapa tak keluar jumpa orang. Huhh. My reason is saya tak kenal. Rude much huh. Sorry. Aku hanya memberitahu apa yang tersurat di hati.

Korang yang kenal aku memang lah akan gelak macam apa bila aku cakap aku pemalu , pendiam. Dah cukup aku kena gelak selama ni. Tapi itu hakikat aku. Even dengan cousins sendiri pun susah nak ngam. Memang lah dalam FB macam meriam meletup kecoh , peramah lah konon. Tapi bila jumpa depan. HAAA ! Baru tau. Dan. Mungkin itu jugak kot sebab ada orang label aku sombong , garang. Hmm. Know me first , then judge me okay :)

Benda ni bukan baru sekarang jadi. Memang sejak azalinya aku macam ni. Ooh sungguh lifeless sungguh rasa diriku ini. Sangat tak berkembang. Kadang kadang terfikir jugak , aku ni macam ada masalah mental. HAHAHA. Risau jugak nanti dah besar , dah ada rumah sendiri , orang datang rumah , apa reaksi aku nanti. Bagi air , duduk , tengok muka tetamu , senyum. Sumpahh macam bab*n gila ! 

AND. I realized something. Sejak aku membesar ni , sejak sejak habis matriks , sejak sejak duduk kat rumah selama berbulan bulan , aku makin social less. Dah jarang nak merayap boleh dibilang guna jari berapa kali aku keluar bukan dengan family. Memang sungguh baik rasa diri ini. Dan. Sejak di rumah ni , kos tambah nilai telefon bimbit pun hanya RM5 untuk 2 bulan lebih. Memang rekod seumur hidup aku ni !!!! Dan sebagai bukti , sekarang ni handphone aku dah battery off for 2 days. Memandangkan aku pun taktau kat mana charger sekarang ni , mungkin tengah beraya , jadi mungkin handphone tu akan 'mati' dalam beberapa hari lagi.

Jadi berdasarkan eksperimen di atas , jelas lah bahawa hidup aku sungguh lifeless now ! Social retard sungguh weh. Please. I need to grow up. Someone please help me. Someone please counselling me more !

Sunday, August 19, 2012

*203*

Assalamualaikumm ! And a very very selamat malam hari raya !
Hooyeahh ! Hooyeah ! Walaupun takde semangat langsung nak raya macam tahun tahun sudah , ku gagahkan jua badan nak update jugak malam raya ni. Sambil diteman dengan irama irama merdu lagi sayu dari fly.fm [ Dev - In The Dark  --> lagu yang sedang berkumandang ] .  Nampak tak disitu semangat yang sungguh lah layu. Padahal lagu raya ada je satu folder. TAPI. Walaupun aku tak ditemani lagu raya , aku masih lagi ditemani dengan bunyi mercun mercun sesat yang meletup atas bumbung rumah aku. Macam perang dah gayanya -__-

Okay enough intro. Bebel merepek much hah. So tujuan utama aku meng-update adalah ... untuk mengisi masa lapang tatkala menunggu cerita habis download ! HAHAHA. Okayy tu tipu ! tipu semata-mata. Idaknyaa. Sememangnya untuk mengucakan selamat hari raya lah kat semua orang. Kita wish secara pukal je lah eh. Tapi kalau nak lagi syiok , lagi afdal , wish lah f-t-f. Baru pure :)  Okayy nanti ada masa aku jumpa korang , kita f-t-f  lah ye :)

Tahun ni , pengakuan secara jujurnya , takde semangat langsung nak raya. Takdak feel. Kalau tahun tahun sudah , feel bukan main ! Eksaited semacam kau. Hmm. Sepatutnya tahun ni aku bersemangat compare tu last year , sebab tahun ni puasa penuh dengan family. Chupp ! Deduct 5 malam sebab overnight rumah kawan. Yelah , compare to last last year , dari form1 - umoq 18 tahun aku puasa kat tempat orang. Sedihh wooh ! Berapa hari je puasa dengan family. Tapi mungkin itu jugak faktor yang menyebabkan aku feel eksaited nak raya yang lebih. Bila duduk tempat orang , nak balik raya baru ada feel kan! Ala ala perantauan lah jugok kan ;P  Berangann lah kauu perempuann !

Okayy lah. Enuff with bebelan aku. Merepek meraban memang sampai lepas sahur sembahyang raya esok pun tak habis.. So make it short ,

|


|



|


|


|


|


v



handmade yaww ! handmade thru mouse :))


So .
Selamat hari raya saya ucapkan kepada semua ahli keluarga , bonda ayahanda , adikberadik , guruguru , sahabat sahabat tadika , kawan kawan sekolah rendah , rakan rakan sekolah menengah , rakan sebaya / tak sebaya matriks , pejuang pejuang PLKN , dan kalian kalian sekalian dan semua muslimin muslimat di seluruh dunia !  

Maafkan segala peri laku saya yang salah , maafkan segala keterlajuran kata , maafkan segala ke-suka-hati-an saya dalamapa perkara sekalipun , maafkan segala kedegilan saya , halalkan makan minum saya , halalkan ilmu ilmu saya , halalkan segala objek / barang yang TERpinjam , sengaja pinjam , TERambik , sengaja ambil. 

Dan. Saya sudah pun memaafkan kalian semua. Semoga dengan lebaran kali ini , kita dapat membawa diir kita naik ke satu takuk baru yang lebih suci dan murni dari segala dosa :)

Words off :) 
Assalamualaikum :)

Thursday, August 16, 2012

* 202*

Assalamualaikumm ! And. A very good morning.
Wahh hari ni aku update pada waktu matahari muncul. Jarang yang teramat rasanyaa aku dapat update pada waktu waktu begini. LOLL. For reason ? Fikir sendiri lahh -__-

Now more less , just tinggal 2 weeks je before aku daftar  masuk U. Huh. Sungguh aku tak sangka. Saya ni sudah besar dan bakal menjejakkan kaki ke menara gading. Ya Allah ! Alhamdulillah. Teringat dulu time kicik kicik , semua orang keliling dok suruh belajar rajin rajin , nanti boleh masuk U. Cikgu pulak dok perhabis air liur , belajar lah sampai menara gading. And. Blablablabla. AND NOW. The time come. Thanks to ibu ayah , cikgu tadika , cikgu sekolah rendah , cikgu sekolah menengah , lecturers matriks , kawankawan , DAN .. anda anda sekaliann :)

So bila nak masuk Uni pulak , banyak lah benda kena settle down. And. Dengan julung-julung kalinya buat sekalian alam , aku settle down everything mostly 90% .. err.. takk. 80% lah by my own. Tapi ini bukan bermakna aku bayar all those yuran lahh. Im settling down the borangss. Cop cop bagai tu , ofcourse my parent did it. Hehehe. Susoh jugok ruponyo settle benda alah ni. Pening jugak kepala aku. Berkali kali aku baca buku panduan. Nasib lah baik  , Alhamdulillah , dengan bantuan dari Nya , plus with the technology nowadays , thru FB , dapatlah aku berkongsi ke-confuse-an aku kat situ. Gelabah tak gelabah lah jugak sebenarnya bila tengok macam macam orang dok post tanya macam macam. Bila aku baca satu satu , takde apa sangat pun sebenarnya. Hmm. And bila aku baca respond abang & kakak senior , I spotted this one senior , gaya dia jawab macam dah super-tension dengan juniors. HAHAHA. Kesian dia. Sorry lah seniorss.

AND. Ada this one thing yang sebenarnya aku risau. Hati aku. Haih. Bab hati ni payah sikit. TAPI. Ini bukan hal matahati or all those lovey-dovey / pakwe-makwe 's prob. But. Hati aku masih lagi mempunyai sedikit keberatan untuk ke sana. IDK why. Tapi sekarang ni tak sekronik time first I knew my campus was in Labuan. Hahaha. Ooh btw. Really thanks to my surrounding yang dah banyak gila support aku. Macam macam support ada. Antaranya ialahh :

" kat sana best. It's antarabangsa punya campus. So u akan dapat banyak international guyss " - Human A
" kat sana cokelat murah. Mutiara banyak. Murah. Murah. "  - Human B
" Kat sana ada ramai kenalan. So no problem lah. Call je kitaorang. " - Human C
" Boleh shopping. Sana shopping best wehh. " - Human D
" Kau naik kapal terbang banyak kali. Kitaorang tak. " - Human E
--- yang mana aku dok Itallic tu , tu lah yang paling banyak aku dapat. Maksud aku , oang yang support aku banyak guna alasan tu. Nampak tak , aku pergi sana untuk belajar. Tapi disuruhnya aku habiskan duit ;P

Please. Korang. Doakan pintu hati aku terbuka dan tolong doakan hati aku lembut untuk ke sana. Aku pun doa jugak untuk diri aku dan korang jugak. Sebenarnya ada hikmah di sebalik aku kena study kat sana. Mungkin aku tak nampak lagi. Takpe. InsyaAllah. Aku yakin one day , aku akan tahu apa hikmahnya :)

Last. Buat rakan rakan seperjuangan yang berada dalam satu medan perjuangan yang sama , cuma mungkin kita akan berhadapan dengan musuh yang berbeda , di sini. Saya dengan penuh rasa rendah diri , ingin , mengucapkan , GOODLUCKK FOR YOUR NEXT CHAPTER OF YOUR LIFE. WHEREVER IT IS , WHATEVER IT IS  , WHOEVER YOU ARE , STILL. G O O D L U C K ! Best of luck. And wish korang korang semua , akan berjaya mengenggam segulung ijazah kelas pertama :) Aminnnnnn.

Nampak tak yuran tu berapa ? Nampak kan. So , sesiapa yang baik hati nak tolong bagi duit , boleh lah ye. Duit backup balik yuran tu. POKAII DAH WOII :((


Friday, August 10, 2012

*201*

Assalamualaikum !

Wahhhhhhh !! Lama nya tak bukak ini blog , lama nya tak update. Haihh. Actually got many things to spill , tapi bila tahap kemalasan yang menggunung mula menyerang , faham faham saja lah kan. Hihii.

But this one thing buat aku rasa nak update. Hmm. 3Aug yang lalu , saya telah pergi berjimba jimba ke rumah rakan saya !  * awkward nya ayat aku ;'(  * Okayy okay , aku pergi rumah kawan aku , overnight there , sekali iftar dengan beberapa orang kawan lagi. But i'll bet , 5 hari kat sana memang tak cukup. Rasa macam sekejap sangat spent time. Ooh. Thanks to the tuan rumah : Fairuzz. Service yang seronok. Mana tak seronok lah kan , melalak sampai pukul 2 pagi. Oppsieee !

Tentatif di sana :
i day ) arrival  * tak boleh blah nak pakai ' arrival ' *
ii day ) suppose ada iftar dengan batch , tapi cancel. So heading to Shah Alam , kampung tuan rumah. Kenduri.
iii day ) At Nippon Tei Alamanda , berbuka bersama rakan sejimba sekepala ^^ , berkaraoke di rumah till 2 a.m.  * cool yaww *
iv day ) Spent time for the last time , karaoke from 9.30 p.m. till 2.00 a.m.  * super awesome , bangun esok pagi , tekak aku serak *
v day ) pergi sekolah , ambil sijil , round round sekolah , balik !

So , itulah kesekian kali nya segala aktivit aku kat sana. It's fun , and .... it'll be missed. Seriously.
Jadi , sebelum typing off , let me show u somethingsss




The secondaryschoolmate ; heart them lotss ;


The matrics buddiess ; they love hempap ;



One of the light in my road ^^

                                                               

Tuesday, July 10, 2012

*200*

Assalamualaikum ! :')

Sudah lama tak membebel merepek meraban melalut meluah kat sini. Al maklumlah , dah berkerjaya kan. Haks haks haks. Berkerjaya lah sangat minah oii. Gebang lebih.
Okaih okaih. Sebenarnya , aku agak penat plus mengantuk. Tapi hati terasa nak buat jugak entri ni. Mungkin lepas habis ni , aku akan terus tidur :)

Gembira bukan kepalang. Menjerit macam apa. Excited macam gila. Bersyukur countlessly.
TAHNIAHH Natasha Fairuz ! Tahniah from me && the family here. 
We so happy && proud of you babe :*
Kau memang deserve for this chance.
Good luck for your future , lawyer !

For those yang tertanya , why I wish her congrats and blablabla.
The reason is : Khazanah Scholarship.
Aku pernah mentioned before , dia nak pergi interview for this scholarship.
And now.
She got it already. Dia dah dapat biasiswa ni.
InsyaAllah , akhir bulan 9 , terbanglah dia ke United Kingdom.

So , sorang pergi Poland , 2 orang U.K , tinggal lah aku di Tanah Malaya ni.
Tapi takpe. Yang penting masing masing nanti , ada segenggam ijazah && ada koje.
Aminnnnn :')

So , typing off maybe. Assalamualaikum :')


Friday, June 22, 2012

*199*

Assalamualaikum !

Hmm. Tarik nafas.. hembus...
" Apa yang korang rasa bila ada benda turn down korang ? "

Sedih . Menyesal . Marah . 

So. Bila kena macam tu , of course lah kan korang cari seseorang untuk korang bersandar.

" Apa perasaan korang kalau takde orang pun yang ada masa tu untuk korang bersandar ? "

Menangis je lah . .  Mengeluh sorang sorang . .

" Dan . Apa pulak perasaan korang kalau ada orang yang percayakan korang dan minta korang pinjamkan badan korang untuk diaorang bersandar ? "

Bahagia . Rasa dipercayai sangat .

Okay , this is what i'm going to share. Hmm. Sebenarnya , aku rasa sangat bersyukur dan bahagia dan gembira , bila aku tahu ada orang yang nak tumpangkan badan dia untuk aku bersandar di kala aku perlukan tempat untuk bersandar. Perasaan tu rasa macam indah dan cantik sangat.  *Ewahhh bahasa kau.. haha*  Tapi betul la. Itulah kosa kata yang sesuai untuk aku describe apa sebenarnya perasaan aku time tu.

Rasa sangat dihargai. Rasa sangat disayangi. Rasa sangat dijaga dengan penuh kasih sayang. Aku tahu semua orang pernah rasa perasaan ni. Dan semua orang tahu perasaan tu memang sangat indah. Jadi kita mestilah menjaga dan memelihara perasaan orang yang dah pinjamkan badan untuk kita bersandar tu. Dan bagi aku , yang paling penting kita jangan lupa orang tu.

Dan.

Sekarang , aku hanya mampu doakan semua orang yang sentiasa tolong aku , sentiasa menjaga aku dengan penuh kasih sayang agar mereka mereka ini sentiasa dilimpahi dengan rahmat dan dipermudahkan segala urusan mereka.  Terima Kasih kalian...

Dan.

Kalau korang korang dan korang ni hidup macam tengah up&down , tengah sedih , tengah stress , tengah bermasalah.

Solusi masalah yang terbaik : mengadulah dengan Yang Maha Penyayang.
Sesungguhnya Dia sentiasa free 24 / 7 , sentiasa free untuk setiap hambaNya. Korang mengadu je lah , bersandar jelah dengan Dia. Rasa kasih sayang tu memang confirm tahap ultimate-eternity-infinity punya class. First class pun kalah kau.. So , takdelah korang meroyan macam apa je bila orang keliling korang semua busy tahap apa je dengan life masing masing. Kan ? Korang mengadu jelah dengan Dia.. Sesungguhnya solusi yang akan Dia berikan , merupakan solusi terbaikk :')

Tapi kalau rasa nak jugak bersandar dengan seseorang , just go on :')
Ini sekadar cadangan dan juga sebahagian peringatan untuk kita semua termasuklah aku ni haa yang senang sangat down :')